malaysia - OHCHR

Loading...

PERISYTIHARAN PEMBELA HAK ASASI MANUSIA Perisytiharan Hak dan Tanggungjawab Individu, Kumpulan dan Organisasi dalam Memupuk dan Melindungi Kebebasan dan Hak Asasi Manusia Diiktiraf Sejagat Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 53/144, 9 Disember 1998

Bahasa Malaysia / Malaysian

Bahasa Malaysia / Malaysian

Translated by

CONSUMER

MALAYSIA

Printed by

Bahasa Malaysia / Malaysian

1

2

UN Declaration on Human Rights Defenders

Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 53/144, 9 Disember 1998

Perisytiharan Hak dan Tanggungjawab Individu, Kumpulan dan Organisasi dalam Memupuk dan Melindungi Kebebasan dan Hak Asasi Manusia Diiktiraf Sejagat PERISYTIHARAN PEMBELA HAK ASASI MANUSIA Bahasa Malaysia / Malaysian

Bahasa Malaysia / Malaysian

3

Copyright © 2012 Cover/ Layout: Prachoomthong Translated by Education and Research Association for Consumer (ERA Consumer) No. 24, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya, Malaysia

www.eraconsumer.org

CONSUMER

MALAYSIA

Printed by:

MALDIVIAN DEMOCRACY NETWORK

Asian Forum for Human Rights and Development (FORUM-ASIA) 66/2 Pan Road, Silom, BangRak, Bangkok, 10500 Thailand Tel: +66 2 6379126 Fax: +66 2 6379128 Email: [email protected] www.forum-asia.org

4

UN Declaration on Human Rights Defenders

This book was written for the benefit of human rights defenders and may be quoted from or copied so long as the source and authors are acknowledged.

Bahasa Malaysia / Malaysian

5

6

UN Declaration on Human Rights Defenders

Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 53/144, 9 Disember 1998

Perisytiharan Hak dan Tanggungjawab Individu, Kumpulan dan Organisasi dalam Memupuk dan Melindungi Kebebasan dan Hak Asasi Manusia Diiktiraf Sejagat Perhimpunan Agung, Menegaskan kepentingan dalam pematuhan terhadap tujuan dan prinsip Piagam Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi memupuk dan melindungi setiap hak dan kebebasan asasi manusia kepada semua insan di negara-negara seluruh dunia; Menegaskan kembali Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan Kovenan Antarabangsa Hak Asasi Manusia 2200 A (XXI) sebagai unsur dasar dalam usaha antarabangsa untuk memupuk penghormatan sejagat serta pematuhan kepada hak dan kebebasan asasi manusia; dan juga instrumeninstrumen hak asasi manusia penting lain yang diterima pakai serta yang disahkan dalam sistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mahupun instrumen di peringkat serantau; Bahasa Malaysia / Malaysian

7

Menekankan bahawa semua masyarakat antarabangsa perlu memenuhi, secara individu atau berkumpulan, tanggungjawab dalam memupuk dan mendorong kepada penghormatan terhadap hak dan kebebasan asasi manusia setiap orang tanpa melihat kepada perbezaan dari kaum, warna kulit, jantina, bahasa, agama, pandangan politik dan lain-lain, asal-usul keturunan atau sosial, kekayaan, kelahiran atau status lainnya; menegaskan kembali kepentingan kerjasama antarabangsa untuk memenuhi tanggungjawab sesuai dengan Piagam Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu. Mengakui peranan penting kerjasama antarabangsa dan hasil kerja dari individu dan kumpulan dalam memberi sumbangan terhadap penghapusan berkesan pelanggaran hak dan kebebasan asasi manusia individu dan masyarakat, termasuk yang berkaitan dengan pelanggaran seperti apartheid, semua bentuk diskriminasi perkauman, kolonialism, dominasi atau pendudukan asing, kekerasan atau ancaman terhadap kedaulatan bangsa, perpaduan atau integriti wilayah, dan dari penolakan untuk mengakui penentuan sendiri (self-determination) dan hak rakyat untuk menentukan kedaulatan ke atas kekayaan dan sumber alam negaranya, Mengakui perhubungan antara keamanan antarabangsa dan keselamatan serta penikmatan kepada hak dan kebebasan asasi manusia, dan mengingat bahawa ketidakadaan keselamatan dan keamanan antarabangsa tidak dapat dijadikan alasan untuk melanggarnya, 8

UN Declaration on Human Rights Defenders

Menyatakan kembali bahawa semua hak dan kebebasan asasi manusia bersifat sejagat, tidak dapat dipisahkan dan saling berkait, dan harus dipupuk dan dilaksanakan dengan cara yang jujur dan adil, tanpa prasangka terhadap pelaksanaan dari setiap hak dan kebebasan ini, Menekankan bahwa tanggungjawab dan tugas utama untuk memajukan dan melindungi hak dan kebebasan asasi manusia terletak pada Negara, Mengakui hak dan tanggung jawab individu, dan kumpulan untuk memajukan penghormatan dan mempertingkatkan pengetahuan mengenai hak dan kebebasan asasi manusia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, Mengisytiharkan: Fasal 1 Setiap orang mempunyai hak, secara individu atau berkumpulan, bagi memupuk dan berusaha keras bagi perlindungan dan merealisasikan hak-hak asasi manusia serta kebebasan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Fasal 2 1. Setiap negara anggota mempunyai tanggungjawab Bahasa Malaysia / Malaysian

9

dan tugas penting bagi melindungi, memupuk dan melaksanakan semua hak dan kebebasan asasi manusia, antara lain dengan mengambil langkah-langkah perlu bagi mewujudkan semua keadaan-keadaan yang mungkin dalam bidang sosial, ekonomi, politik serta bidang-bidang lain, termasuklah jaminan undang-undang yang diperlukan untuk memastikan bahawa setiap orang di bawah bidangkuasa Negara terbabit, secars individu ataupun berkumpulan, dapat menikmati semua hak dan kebebasan ini secara praktikal. 2. Setiap negara mesti menggunapakai langkah-langkah perundangan, pentadbiran dan lain-lain sekiranya perlu bagi memastikan hak dan kebebasan asasi manusia yang dimaksudkan di dalam Deklarasi ini terjamin. Fasal 3 Undang-undang domestik konsisten dengan Piagam Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu dan tanggungjawabtanggungjawab antarabangsa yang lain berkenaan hak dan kebebasan asasi manusia di dalam Negara; adalah sebagai rangka undang-undang di mana hak dan kebebasan asasi manusia seharusnya dilaksanakan dan dinikmati, dalam aktiviti yang dirujuk kepada pemupukan, perlindungan dan realisasi efektif hak-hak dan kebebasan yang disebutkan dalam Deklarasi ini yang seharusnya dilakukan. Fasal 4 Tiada di dalam Deklarasi ini, yang dianggap sebagai 10

UN Declaration on Human Rights Defenders

melemahkan atau bertentangan dengan tujuan dan prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ataupun sebagai menyekat atau menjatuhkan peruntukanperuntukan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat, Perjanjian Hak Asasi Manusia Antarabangsa, dan instrumen-instrumen antarabangsa yang lain serta komitmen yang boleh diterapkan di dalam bidang ini. Fasal 5 Bagi tujuan memupuk dan melindungi hak dan kebebasan asasi manusia, setiap orang mempunyai hak, secara individu atau berkumpulan, di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 1. Untuk berjumpa dan berkumpul secara aman; 2. Untuk menubuhkan, mengambil bahagian dan menyertai organisasi bukan kerajaan, persatuan atau kumpulan. 3. Untuk berkomunikasi dengan organisasi bukan kerajaan atau antara-kerajaan. Fasal 6 Setiap orang mempunyai hak, secara individu dan berkumpulan: (a) Untuk mengetahui, mencari, mendapatkan, menerima dan menyimpan informasi tentang semua hak dan kebebasan asasi manusia, termasuk mempunyai akses terhadap informasi mengenai bagaimana hak-hak dan kebebasan ini Bahasa Malaysia / Malaysian

11

memberi pengaruh dalam sistem perundangan, kehakiman atau pentadbiran di dalam negeri; (b) Seperti yang terdapat dalam instrumen hak asasi manusia dan instrumen antrabangsa terpakai yang lain, informasi mengenai hak dan kebebasan asasi manusia mestilah mempunyai kebebasan untuk diterbitkan, dicetak dan diberikan kepada orang lain. (c) Untuk mengkaji, berbincang, membentuk dan mempertahankan pandangan tentang kepatuhan kepada kedua-dua undang-undang dan amalan mengenai semua hak dan kebebasan asasi manusia, melalui cara-cara yang dapat menarik perhatian masyarakat kepada masalahmasalah itu. Fasal 7 Setiap orang mempunyai hak, secara individu dan berkumpulan, untuk membangunkan dan membincangkan idea-idea baru dan prinsip hak asasi manusia, dalam menyokong penerimaan mereka. Fasal 8 1. Setiap orang mempunyai hak, secara individu atau berkumpulan, untuk mendapatkan akses berkesan, atas dasar tiada diskriminasi, untuk menyertai dalam kerajaan di Negaranya dalam urusan awam negara. 2. Ini termasuk, antara lain, secara individu ataupun berkumpulan dengan lain, untuk menyampaikan 12

UN Declaration on Human Rights Defenders

kritikan dan cadangan terhadap urusan awam kepada agensi kerajaan dan organisasi yang berkenaan untuk menaiktarafkan fungsi mereka dan menarik perhatian kepada urusan tersebut yang boleh menghalang atau mengganggu kepada pemupukan, perlindungan dan merealisasikan hak dan kebebasan asasi manusia. Fasal 9 1. Dalam melaksanakan hak dan kebebasan asasi manusia, semua orang mempunyai hak seperti yang dirujuk Perisytiharan ini termasuklah kepada pemupukan dan perlindungan hak asasi manusia; sama ada secara individu atau berkumpulan untuk mendapatkan faedah dari remedi yang berkesan dan supaya dapat dilindungi dari sebarang pelanggaran hak asasi tersebut. 2. Untuk ini, mereka yang hak asasinya telah dilanggari mempunyai hak; sama ada persendirian atau melalui cara perundangan dalam membuat aduan dan mendapatkan penyiasatan terbuka sebelum ianya diputuskan oleh badan kehakiman yang bebas, adil dan bertauliah; atau manamana pihak berkuasa yang ditubuhkan bawah undangundang dan apabila telah mendapat keputusan yang mengikuti undang-undang, telah menyediakan pampasan atau gantirugi, di mana terbukti adanya pelanggaran kepada hak asasi terhadap seseorang itu, termasuklah perlaksanaan kepada keputusan dan award, dengan segera. 3. Bagi tujuan yang sama, setiap orang mempunyai hak, individu atau berkumpulan dan dengan yang lainnya: Bahasa Malaysia / Malaysian

13

(a) Membuat aduan tentang polisi dan tindakan pegawai dan badan kerajaan berkenaan dengan pelanggaran hak dan kebebasan asasi manusia, melalui petisyen atau kaedah lain, kepada badan kehakiman yang bertauliah, badan pentadbiran atau penggubalan atau mana-mana sistem Negara, yang mana sepatutnya memberikan keputusan kepada penilaian mereka tanpa penangguhan; (b) Menghadiri pendengaran awam, prosiding dan perbicaraan dalam membentuk kepada pendapat sama ada mereka ini mematuhi undang-undang negara serta kewajipan dan komitmen antarabangsa yang digunapakai; (c) Menawarkan dan menyediakan bantuan perundangan atau bantuan professional lain dalam mempertahankan hak dan kebebasan asasi manusia. 4. Bagi tujuan yang sama, dan mengikuti instrumen dan prosedur antarabangsa yang tergunapakai, seitap orang mempunyai hak, secara individu atau berkumpulan untuk mendapatkan akses dan berkomunikasi tanpa dihalangi dengan badan antarabangsa sama ada tauliah umum atau khusus untuk menerima dan mempertimbangkan komunikasi mengenai perkara-perkara hak dan kebebasan asasi manusia. 5. Negara mesti melakukan penyiasatan dengan segera dan tidak memihak atau memastikan satu inkuiri dijalankan sekiranya ada sebab yang jelas yang dipercayai bahawa terdapatnya pelanggaran hak dan kebebasan asasi manusia telah belaku di mana-mana kawasan dibawah kuasanya.

14

UN Declaration on Human Rights Defenders

Fasal 10 Tiada siapa yang boleh menyertai, dengan tindakan atau kegagalan untuk bertindak, dalam pelanggaran hak dan kebebasan asasi manusia dan tiada siapa tertakluk kepada hukuman atau tindakan lain sekirangnya enggan melakukannya. Fasal 11 Setiap orang berhak, sama ada secara individu atau berkumpulan, kepada perlaksanaan sah pekerjaan atau kepakaran masing-masing. Setiap orang yang, sebagai keputusan dari kepakarannya, boleh mempengaruhi martabat manusia, hak dan kebebasan asasi manusia orang lain dan mematuhi dengan standard kebangsaan dan antrabangsa kepada perilaku dan etika pekerjaan dan kepakaran. Fasal 12 1. Setiap orang mempunyai hak, secara individu atau berkumpulan, untuk turut serta dalam aktiviti keamanan menentang pelanggaran hak dan kebebasan asasi manusia. 2. Negara akan mengambil semua langkah yang perlu dalam memastikan perlindungan oleh badan yang berkenaan terhadap setiap orang, individu atau berkumpulan, menentang keganasan, ancaman, balas dendam, diskriminasi de facto atau de jure, tekanan atau tindakan arbitrasi sebagai akibat dari tindakan mereka Bahasa Malaysia / Malaysian

15

yang sah dalam melaksanakan hak-hak yang disebutkan dalam Perisytiharan ini. 3. Dalam hubungan ini, setiap orang berhak, secara individu atau berkumpulan, untuk mendapat perlindungan efektif di bawah undang-undang kebangsaan dalam bertindak terhadap atau menentang melalui caracara aman, aktiviti serta tindakan termasuk kegagalan Negara yang menyebabkan pelanggaran terhadap hak dan kebebasan asasi manusia serta juga kekerasan yang dilakukan oleh kumpulan tertentu atau individu yang mengganggu kepada keharmonian yang dinikmati dari hak dan kebebasan asasi manusia. Fasal 13 Setiap orang mempunyai hak, secara individu atau berkumpulan, untuk mendapatkan, menerima dan menggunakan sumber-sumber bagi memupuk dan melindungi hak dan kebebasan asasi manusia, melalui kaedah-kaedah yang betul, bersesuaian dengan Fasal 3 Perisytiharan ini. Fasal 14 1. Negara mempunyai tanggungjawab untuk mengambil langkah-langkah perundangan, kehakiman, pentadbiran atau tindakan lain yang bersesuaian bagi memupuk kefahaman oleh semua individu di bawah bidangkuasa sivil, politik, ekonomi, social dan kebudayaan mereka. 16

UN Declaration on Human Rights Defenders

2. Langkah-langkah tersebut harus meliputi, antara lain: a. Penerbitan dan kemudahan pengedaran meluas dari segi undang-undang dan peraturan kebangsaan serta instrumen antarabangsa yang boleh digunapakai. b. Mendapatkan akses sepenuhnya kepada dokumendokumen antarabangsa tentang hak asasi manusia, termasuk laporan penilaian berkala Negara Ahli kepada badan-badan yang ditubuhkan berdasarkan perjanjian hak asasi manusia antarabangsa, dan juga ringkasan nota perbincangan serta laporan rasmi badan-badan tersebut. 3. Negara harus memastikan dan menyokong, di mana sesuai, pembentukan dan perkembangan kepada kebebebasan yang lebih kepada institusi kebangsaan dalam pemupukan dan perlindungan hak dan kebebasan asasi manusia di dalam kawasan jajahan dan bidangkuasa, sama ada mereka adalah pihak berkuasa, suruhanjaya hak asasi manusia, ataupun institusi kebangsaan yang lain. Fasal 15 Negara mempunyai tanggungjawab untuk memupuk dan memudahkan pembelajaran hak dan kebebasan asasi manusia pada semua peringkat pendidikan, dan memastikan tanggungjwab itu terhadap latihan peguam, pegawai penguatkuasa, pegawai angkatan bersenjata dan penjawat awam termasuk elemen pembelajaran hak asasi manusia di dalam program latihan mereka.

Bahasa Malaysia / Malaysian

17

Fasal 16 Setiap individu, organisasi bukan kerajan dan institusi berkenaan memainkan peranan penting dalam menyumbangkan kepada kesedaran masyarakat tentang hal-hal berkaitan hak dan kebebasan asasi manusia melalui aktiviti seperti pendidikan, latihan dan kajian di bidang ini untuk menguatkan lebih, antara lain, persefahaman, tolak ansur, keamanan, dan perhubungan baik di antara negara dan di kalangan semua kaum dan kumpulan agama, mengingatkan kepelbagaian persatuan dan masyarakat di mana mereka menjalankan aktiviti tersebut. Fasal 17 Dalam melaksanakan hak-hak dan kebebasan yang disebutkan dalam Perisytiharan ini, semua pihak samada secara individu ataupun secara kumpulan, adalah tertakluk hanya kepada sekatan-sekatan seperti obligasi antarabangsa dan ditentukan oleh undang-undang bagi menjamin pengiktirafan dan penghormatan hak dan kebebasan asasi manusia yang lain dan memenuhi keperluan moral, ketenteraman dan kesejahteraan awam dalam masyarakat berdemokrasi. Fasal 18 1. Setiap orang mempunyai tugas kepada dan di dalam masyarakat, yang memberikan kebebasan dan sepenuh perkembangan terhadap personalitinya. 18

UN Declaration on Human Rights Defenders

2. Individu, kumpulan, dan organisasi bukan kerajaan memainkan peranan dan tanggungjawab penting dalam melindungi demokrasi, memupuk hak dan kebebasan asasi manusia serta menyumbang kepada peningkatan dan pendorongan persatuan, institusi dan proses demokrasi. 3. Individu, kumpulan, dan organisasi bukan kerajaan juga mempunyai peranan penting dan tanggungjawab dalam menyumbang, selagi mana sesuai, kepada peningkatan hak setiap orang kepada peraturan sosial dan antarabangsa di mana hak dan kebebasan asasi ini disebut dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan instrumen lain yang boleh digunapakai. Fasal 19 Tiada di dalam Perisytiharan ini yang boleh diinterpretasikan sebagai memberikan hak dalam membenarkan apa-apa aktiviti atau melakukan sebarang perlakuan bertujuan kepada pemusnahan hak dan kebebasan asasi manusia oleh mana-mana individu, kumpulan atau badan persatuan atau Negara. Fasal 20 Tiada di dalam Perisytiharan ini yang boleh diinterpretasikan sebagai membenarkan Negara untuk menyokong dan memupuk aktiviti-aktiviti individu, kumpulan, institusi atau organisasi badan bukan kerajaan yang menyalahi peruntukan-peruntukan di dalam Piagam Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu. Bahasa Malaysia / Malaysian

19

20

UN Declaration on Human Rights Defenders

Loading...

malaysia - OHCHR

PERISYTIHARAN PEMBELA HAK ASASI MANUSIA Perisytiharan Hak dan Tanggungjawab Individu, Kumpulan dan Organisasi dalam Memupuk dan Melindungi Kebebasan d...

293KB Sizes 5 Downloads 29 Views

Recommend Documents

Torture - OHCHR
CAT/C/GC/3, available at: http://www2.ohchr.org/english/bodies/cat/docs/GC/CAT-C-GC-3_en.pdf (hereinafter: "General Comm

1443164 - OHCHR
May 6, 2014 - young generation. Further, the Agency also creates “Pendewasaan Usia Pernikahan” program, which main o

51 - OHCHR
May 22, 2013 - Kazakhstan initiated a lawsuit against a number of independent media outlets, including the ... Carvalho,

Questionnaire - OHCHR
Contribution from the Rural Village Water Resources Management Project ... As 'good' is a subjective notion, it seemed c

2008 - OHCHR
Aug 10, 2011 - Lourdes da Silva Pimentel, mother of Alyne da Silva Pimentel Teixeira (deceased), acting in her own .....

montenegro - OHCHR
Dec 31, 2013 - killing of two brothers, Dejan and Ljubomir Gojacanin.5. Enduring concerns .... National Arny reservists,

OGE00296 - OHCHR
Derechos Humanos y, respecto a la nota AL G/SO 214 (3-3-16) G/SO 21:4;. (53-24) MEX 8/2013, ... EXPLICAR QUÉ MEDIDAS TO

HRC - OHCHR
Mar 4, 2009 - Morales, se coordinaron una serie de acciones por .... blanca. Allí le habrían atado las manos con preci

Chief:Nanya - OHCHR
Jul 23, 2014 - The importance of the above referenced ICERD Articles is confirmed by U.S. House Joint Resolution 194. Ap

General Assembly - OHCHR
Feb 26, 2010 - seguridad de los defensores de derechos humanos, éstos se pueden ejemplificar en base a las ...... efect